Drama Setelah Terlafaznya Akad 2 (2025)

Drama Setelah Terlafaznya Akad 2 (1)

Nantikan drama adaptasi novel 'Setelah Terlafaznya Akad 2' karya Anna Milia mengembalikan kombinasi romantik Kamal Adli sebagai Hanan dan Uqasha Senrose sebagai Nawal yang kini bergelar suami isteri.

Drama bersiri 20 episod ini diarahkan oleh Michael Ang mengisahkan rumah tangga Hanan dan Nawal tiga tahun selepas lafaz akad keduanya. Kehidupan mereka menjadi lebih bahagia dengan kedatangan puteri sulung mereka, Qadeeja. Nawal juga dikejutkan dengan kandungannya yang kedua yang membawa warna pelangi dalam perkahwinan mereka. Namun kebahagiaan ini hanya sementara. Pertengkaran antara mereka berdua membuatkan Hanan memilih untuk pergi membawa diri. Kehadiran bapa tiri Nawal, Nawab, mengembalikan trauma Nawal di waktu Hanan pula tiada di sisi. Hanan semakin membenci Nawal akibat perbuatan Ida. Kebencian yang tercetus oleh Hanan kepada isterinya ini rupanya adalah perbuatan Ida yang menggunakan sihir pemisah kepada mereka atas perasaan hasad dengki kepada Nawal.

’Setelah Terlafaznya Akad 2’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam mulai 1 Jun 2022 secara eksklusif di slot MegaDrama melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Episod: 20

Tarikh Tayangan: 1 Jun 2022

Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam

Rangkaian: Astro Ria slot MegaDrama

Penulis Skrip: Rehal Nuharis, Bikash Nur Idris, Atilia Azhar

Pengarah: Michael Ang

Produksi: Juita Viden Sdn Bhd

Pelakon: Kamal Adli, Uqasha Senrose, Normah Damanhuri, Talha Harith, Musyi, Hamidah Wahab, Hiera Hasan, Nasz Sally, Seha Monica, Ellyas Abdullah, Adam Shah, Zeera Azizi,Shyrim Husni, Putri Darwisyah, Qaseh Qhairiena, Fadzil A. Aziz , Mak Wan

Watak Pelakon

Kamal Adli sebagai Hanan

Uqasha Senrose sebagai Nawal

Talha Harith sebagai Zaki

Musyi Mohtar sebagai Ida

Hiera Hasan sebagai Milah

Normah Damanhuri sebagai Tok Ma

Seha Monica sebagai Haryati

Sharifah Shahora sebagai Nafisah

Hamidah Wahab sebagai Wan Masitah

Elyas Abdullah sebagai Malek

Adam Shahz sebagai Mus

Zeera Azizi sebagai Hani

Nasz Sally sebagai Habibah

Lagu: Siti Nurhaliza - Anta Permana

Sinopsis Setelah Terlafaznya Akad 2

Tiga tahun setelah lafaz kedua, rumah tangga Hanan dan Nawal bertambah bahagia dengan adanya Qadeeja. Namun perangai mengada Nawal dan sikap kedekut Hanan masih tidak berubah yang mengakibatkan perhubungan mereka terkesan dengan perangai masing-masing.

Nawal disahkan mengandung anak kedua. Dalam meniti kebahagiaan sebagai seorang isteri, Nawal tahu Ida sebenarnya ada hati pada suaminya tetapi Hanan selalu menidakkannya dengan mengatakan bahawa kononnya Nawal berperasaan cemburu tidak bertempat. Kehadiran Wahab pula mula merubah corak kehidupan perkahwinan mereka. Nawal difitnah mempunyai hubungan dengan Zaki sehinggakan Hanan percaya. Ini membuatkan Nawal lebih tertekan dan akhirnya dia keguguran, ditambah pula dengan peninggalan Tok Ma yang diserang sakit jantung.

Nawal berasa kecewa apaila Hanan tidak mempercayainya sehingga dia bertekad untuk memilih untuk membawa diri. Pada saat itu, Hairuddin muncul untuk memporak-perandakan lagi hubungan mereka. Mampukah mereka mempertahankan kebahagiaan mereka?

Sinopsis Novel Setelah Terlafaznya Akad 2

Hanan dan Nawal disatukan sekali lagi dalam lafaz akad kedua. Memang jodoh mereka kuat. Perangai pun sama. Kuat cemburu.

Hanan tergugat dengan kehadiran Khalil yang selalu berkunjung ke kafe.

“Abang percaya sayang. Abang cuma tak percaya Khalil.” - Hanan

Baru reda rasa cemburu, muncul pula Cikgu Zaki yang tidak kurang segaknya. Susah, kalau ada isteri cantik.

Cemburu Hanan berjangkit kepada Nawal. Sakit hatinya apabila Hanan selalu memuji Qaseh, tukang masak kafe yang meletops.

“Tak payahlah nak sayang-sayang kat sini. Tadi berkasih-kasih kat belakang.” - Nawal

“Dah nama dia Qaseh. Nak buat macam mana?” - Hanan

Kan dah cakap, Hanan dan Nawal ni sama saja. Perangai sama. Ayat bela diri pun sama. Banyak dugaan yang mereka lalui. Namun, tak akan goyah kalau pasaknya kukuh.

“Banyak yang dah kita lalui sebelum ini. Bagi abang, ini tahun yang paling perit.” - Hanan

“Ya. Tapi, apa yang kita lalui menguatkan rasa cinta Nawal pada abang. Datanglah seribu Bradley Cooper sekalipun, Nawal tetap akan pilih abang.” - Nawal

Banyak yang mereka belajar kali ini. Mereka belajar untuk menjadi pasangan yang hampir sempurna untuk satu sama lain, demi akad kedua yang akan menjadi akad terakhir mereka dalam menyulam bahagia.

Drama Setelah Terlafaznya Akad 2 (2)
Drama Setelah Terlafaznya Akad 2 (2025)

References

Top Articles
Latest Posts
Recommended Articles
Article information

Author: Msgr. Benton Quitzon

Last Updated:

Views: 6216

Rating: 4.2 / 5 (43 voted)

Reviews: 82% of readers found this page helpful

Author information

Name: Msgr. Benton Quitzon

Birthday: 2001-08-13

Address: 96487 Kris Cliff, Teresiafurt, WI 95201

Phone: +9418513585781

Job: Senior Designer

Hobby: Calligraphy, Rowing, Vacation, Geocaching, Web surfing, Electronics, Electronics

Introduction: My name is Msgr. Benton Quitzon, I am a comfortable, charming, thankful, happy, adventurous, handsome, precious person who loves writing and wants to share my knowledge and understanding with you.